Sunday, 15 August 2010

Sayonara Jahiliyyah


Jahiliyyah
Tanpa ku sedari
Dahulu, dirimu ku puja-puja
Dahulu, dirimu ku sanjung tinggi

Jahiliyyah
Tanpa ku sedari
Dahulu, dirimu tempat ku bermadu kasih
Dahulu, dirimu tempat ku bermanja-bermanja

Jahiliyyah
Tanpa ku sedari
Kini, dirimu lah yang paling aku takuti
Kini, dirimu lah yang ingin aku jauhi

Betapa gentar nya aku jika diri ini tercampak kembali di sisimu
Betapa gentar nya aku jika diri ini kembali semula bermain-main bersama mu

Jahiliyyah terima kasih kerana pernah hadir di dalam hidupku
Kerana mu aku kenal erti keseronokon jahiliyyah
Kerana mu aku kenal erti kebahagiaan hidup di dalam kepompong jahiliyyah

Dan jua kerana dirimu jahiliyyah
Aku sedar betapa diri ini sudah lama diselubungi dengan lumpur-lumpur hitam
Aku sedar betapa diri ini sudah lama diulit mimpi indah di dalam kepompong mu itu

Jahiliyyah
Ingin sekali aku membebaskan diriku daripada lumpur-lumpur mu
Ingin sekali aku membebaskan diriku daripada kepompong mu

Agar jahiliyyah
Aku dapat merasakan keharuman syurga
Keharuman syurga, yang lebih harum daripada keharuman lumpur-lumpurmu

Dan juga agar jahiliyyah
Aku dapat merasakan keindahan syurga
Keindahan syurga, yang lebih indah daripada keindahan kepompongmu itu

Tiada yang ingin ku sesali
Kerana pernah berada di samping mu dahulu
Kerana dirimu jualah yang pernah mentarbiyah diriku ini
Untuk menjadi srikandi yang ingin mengejar haruman dan keindahan
Syurga dari Yang Maha Esa

Sayonara Jahiliyyah

*bye-bye*