Dewasa ini, zaman telah berubah..tapi sejarah tak pernah padam..mari kita selusuri kisah wanita hebat pada zaman para sahabat dulu…sekadar perkongsian agar sama sama kita mendapat manfaatnya…kalau ada yang salah sila betulkan ya..
Asiah
Mesti anda pernah dengar kan nama ni? Ini lah isteri Firaun. Firaun ni amatlah jahat lagi kejam sebab masa tu kalau dengar je berita ada bayi lelaki baru lahir mesti dia nak bunuh. Ingat tak kisah nabi Musa yang dihayutkan dalam kotak dekat dalam Sg Nil? Akhirnya hanyut sehingga sampai ke taman bunga Firaun. Bila Firaun tahu je itu bayi lelaki dia nak bunuh. Tetapi di sinilah peranan seorang wanita bermula. Asiah menggunakan sifat kelembutan, keibuan dan pujuk rayu untuk melembutkan hati Firauan supaya terima Nabi Musa sebagai anak angkat mereka. Dengan kuasa Allah Nabi Musa membesar dengan selamat dan akhirnya menjadi seorang rasul yang menyebarkan dakwah Islam dengan hebatnya.
Saidatina Hindun
Sebelum masuk Islam, Hindun ni amatlah kejam sebab dia pernah upah Wahsyi untuk bunuh Saidina Hamzah. Hindun belah dada Saidina Hamzah dan nak gigit hatinya.
Alhamdulillah, dengan kebesaran Allah Hindun ditakdirkan mendapat hidayah untuk masuk Islam. Sejak itu, beliau menjadi seorang yang amat aktif dalam penyebaran dakwah Islam termasuk perperangan dengan tentera Rom dan Parsi. Wanita akan duduk di barisan belakang perang untuk jadi jururawat.Hebat kan?
Antara kelebihan Hindun, beliau boleh kawal dan lihat tentera Islam yang berundur semasa perang kerana takut kepada musuh. Ada satu ketika tu, suaminya Abu Sufyan nak berundur kerana takut dengan kekuatan musuh. Hindun pun ambil batu. Beliau kata kalau kamu berundur aku akan baling kamu dengan batu ni. Kata katanya telah mencabar kelakian suaminya. Maka Abu Sufyan tidak jadi hendak berundur bahkan berperang bermati matian untuk pertahankan Islam.
Wanita zaman millennium?
Kadang kadang terfikir juga wanita zaman para sahabat pujuk rayu suami untuk mengembangkan dan berdakwah demi Islam. Tapi zaman sekarang ada wanita pujuk lelaki dengan kata kata rayuan lagi melemahkan iman lelaki. Wanita sepatutnya turut memainkan peranan bagi menyebarkan dakwah Islam. Tak salah untuk jadi aktif tapi batasan syariat tetap kena jaga. Kalau terlampau aktif berlakulah dalam cerita Adam Maya. Suami orang bercinta dengan isteri orang. Cinta terlarang..hehe..
singgah sini.
ReplyDelete+ ilmu. ((:
follow jugak.
:)
welcome..insyaallah moga bermanfaat untuk semua..:)
ReplyDelete