Friday, 25 June 2010

WHAT IS A FRIEND?

Assalamualaikum :)
Hari ni wasih pergi main terbang-terbang dekat facebook. Then wasih nampak kawan wasih tanya soalan macam ni dekat profile facebook dia.

WHAT IS A FRIEND??

and banyaklah jawapan yang kawan wasih ni dapat, antaranya:
(ada satu comment yang paling best ani letak dekat the end of this post)

  • a person that's a beautiful in the inside
  • I think friends are gifts from Allah. HE sends them to help us be on the way, to support us, to be there when we cry and smile, when we are in need of them or not.
  • a friend is some who cares about you from their unconditional heart.
  • a friend is some one who cares
  • a friend is some one who shares
  • a friend is some one who loves from their heart and is always willing to be there.
  • a friend is a friend from the heart even when you are miles apart.
  • a friend is a person who sacrifice to make you happy, give help without showing off,takes good care of you whenever you feel bad,and be there for you whenever ppl give you up
  • Friends are relatives you make for yourself
Uishhh, banyaknya la kan diorang punya opinion. Wasih senyum sorang-sorang je bila baca comment kawan kepada kawan wasih ni. Bila fikir balik, apa la hikmah yang Allah nak turunkan ni sebenarnya kan sepanjang perantauan wasih dekat facebook kawan wasih ni???

Wasih teringat lagi masa zaman kanak-kanak ribena dulu, end of the year tu, mesti ada je kawan-kawan yang mintak biodata. Yang paling besh masa buat biodata tu adalah part yang tulis siapakah kawan anda yang paling rapat?Yang paling lucu tu, boleh pulak ada kategori kawan: kawan karib, kawan sejati, kawan kegemaran. hahaha. budak-budak kan?? Nanti bila selak-selak buku biodata tu, mesti rasa sedih bila nama sendiri tak dimention oleh kawan. Kalau ada mention, gembira bukan main kepalang.

Betullah kan, bukan sahaja dari kecik, sampai besar pun still macam tu jugak! Tapi takda la kan tulis macam tu lagi, main tulis-tulis biodata lagi, tak main la kan benda tu. haha. Sekarang ni takda pun istilah, "ok, ko sekarang ni kawan rapat aku taw!", tapi hanya hati yang memahami sendiri dan dibuktikan dengan tingkah laku. Maksudnya, bukan nya pegi dekat kawan tu manja-manja dengan dia, tapi ntah! memang diri sendiri rasa selesa dengan kawan tu, tanpa disedari.

Yang tak bestnya, kadang-kadang dalam persahabatan pasti ada pertengkaran, putus kawan la, xbesnya kan, gaduh-gaduh, masing-masing try untuk menegakkan benang yang basah. Tetapi semenjak wasih bergelumang dengan usrah, barulah wasih faham, kenapa kerap benar berlaku salah faham ni, kenapa kerap benar berlaku rasa tidak puas hati dengan kawan ni, kenapa kerap benar ada perasaan buruk sangka dengan kawan ni..Baru wasih faham. Nak tahu tak kenapa?? Sebab pertautan hati kita dan kawan kita tidak didasari oleh apa-apa sebab. Kita kawan sebab nak orang tu teman kita. Kita kawan sebab kita selesa dengan dia. Kita kawan sebab orang tu sebulu dengan kita.

Cuba kalau kita kawan sebab Allah? Pasti hati kita ni akan sayangg sangat dengan kawan kita. Sampaikan adanya, timbulnya perasaan benci pada diri sendiri di saat perasaan buruk sangka tu lahir dalam diri.

Tahu tak, dulu sewaktu wasih masih berada di zaman jahiliyah, wasih rajin betul bergaduh dengan kawan wasih. Memang hitam pekat la masa tu hidup wasih. Dulu hidup wasih penuh dengan lumpur-lumpur hitam, tapi alhamdulillah wasih ditakdirkan untuk satu rumah dengan kawan-kawan yang sentiasa ingin bersama-sama membersihkan lumpur-lumpur yang terlekat pada diri dengan wasih. Wasih rasa sangat-sangat bersyukur! Wasih dulu tak tahu lengan adalah aurat, kena tutup tudung bawah dada. Wasih dulu hampir-hampir taw nak pakai tudung ala-ala yang fesyen zaman sekarang, yang nampak bahagian tak sepatutnya, wasih tak tahu masa tu, jahil kan wasih, wasih tak tahu kaki tu adalah aurat. Tapi, alhamdulillah, kawan wasih ni, dia tahu benda tu salah, tapi dia tak tegur wasih secara terus, tapi secara halus, dia cakap "wasih kau tak lawa buat tudung mcm tu." wasih pun ikut cakap dia, sebab wasih tahu, kawan wasih jenis jujur orangnya. Wasih ingat lagi, masa mula-mula kami berempat excited ni nak masuk usrah, dan terkejut yang amat la kan kami berempat ni, sebab kakak usrah kami tu sangatlah baik orangnya. Wasih lagi la, wasih tak pernah ada kakak, dan rasa pelik kenapa la kakak ni baik sangat. Tapi lama-lami kami berempat jatuh cinta dengan kakak tu. Sayang yang amat la! Sampaikan kalau boleh nak tiru perbuatan dia, pakaian dia. Semenjak usrah la, wasih n kawan wasih sama-sama belajar cara-cara tutp aurat. Mula-mula kitaorang pakai stokin coklat, yang jarang tu, den diskus2 tuka pakai stokin lain, beli yang warna-warni, dah la dulu wasih pakai selipar kan, lepas tu pakai stoking warna-warni, belang-belang macam kucing belang jadinya kaki wasih ni. Wasih kene gelak dengan kawan cina wasih, dia cakap, "Wasih u looks funny." Tapi wasih tak kesah sebab wasih ada kawan-kawan yang sama-sama ingin berubah. So, wasih x keseorangan. Hehe. Eh, lari dari tajuk pulak, ntah tiba-tiba rasa indahnya dulu masa kat intec.

Tapi dulu still x faham lagi atas apa persahabatan itu harus didasari, bila dah berpisah, baru la faham, barula rindu. Rindu amat!!! Hari tu, wasih pergi vacation ke Purdue, jumpa dengan kakak usrah wasih, wasih ternanges, boleh pulak kakak tu tanya, "kenapa wasih nanges?", nasib baikla gelap masa tu kan, so kakak tu tak nampak la air mata wasih yang dah start menitik ni, ni jawapan wasih yang baru sekarang terjawab, "sebab wasih terlalu rindu nak lihat muka akak yang tenang tu, bila wasih lihat muka akak hati wasih rasa gembira, dan bila wasih jumpa akak wasih rasa bahagia dan bersyukur kerana Allah telah mempertemukan kita dahulu, semoga kita bertemu di syurga ya kak?" Dan wasih rasa sedih bila lihat 2 orang ex-housemate wasih pun pergi meninggal wasih.Masing-masing dah jauhhh!

Waaaa! Wasih rasa wasih dah terlalu beremosi ni. Setelah tiba di us, wasih diperkenalkan lagi dengan angkatan-angkatan burung yang baru. Sungguh! hati ni sangat rindu untuk bertemu mereka, walaupun tidak dapat melihat wajah mereka, cukuplah sekadar mendengar suara mereka dan telatah mereka yang lucu, tu pun dah membuatkan hati ni lompat-lompat. Yang paling best tu, apabila berjumpa, segala perkataan adalah bermanfaat dan berjumpa mereka mengingatkan wasih bahawa hidup ni bukanlah hanya makan dan tidur, tetapi sebenarnya ada tugas yang lebih besar dari itu!

Terima kasih Ya Allah kerana telah menciptakan suatu pertemuan yang indah ini :)
Wasih yakin, pertemuan ini telah Allah ciptakan semenjak azali lagi.
Cahaya Allah itu hanya akan menerobos ke dalam hati-hati manusia yang sentiasa ingin mencarinya, yang mendambakan cinta-Nya, dan hati-hati yang berkumpul untuk mendapatkan redha-Nya.

Tiba-tiba teringat lagu sebuah pertemuan

Kawan, terima kasih :)

This is the comment yang paling best yang pernah wasih cakap tu :

A friend is one who loves you for the sake of Allah (SWT) and ONLY for the sake of Allah. Who wants to drag you to Jannah with them and wants to be dragged along as well. :)))

Sayang anda semua, fillah :)

Wassalam



Thursday, 24 June 2010

Dia gantikan donut dengan sushi

Akhir Winter 2010
Hari ini cuaca sangat sejuk.Namun begitu saya amat menyukainya.Kerana ianya adalah ciptaan kekasih saya.Kekasih yang takkan mati dan hidup selamanya. Hari demi hari yang saya lalui di sini semakin bahagia bersama kekasih ini. Saya tahu siapalah saya untuk menjadi kekasihnya. Saya bukan sempurna seperti Rasullah. Tapi saya panjatkan angan angan dan cita cita semoga hari demi hari cinta saya kepadanya semakin bertambah. Saya tetap memasang angan angan agar saya tetap menjadi kekasih yang setia. Semalam saya teringat pesan kekasih saya dalam qalamnya..katanya apabila engkau memberi pasti aku akan gantikan dengan yang lebih baik..semalam Dia gantikan donut dengan sushi..kisahnya saya ada dua donut..saya dah habis makan satu tinggal lagi satu..lepas tu saya teringat zaman para sahabat..mereka mendahulukan sahabatnya yang lain..saya jadi malu nak makan donut tu..saya pon bisik pada hati..apa kata saya beri saja kepada sahabat saya ni..rupanya kekasih saya ni dengar..tak lama lepas tu..seorang lagi sahabat saya datang..nah ambil sushi udang ini..katanya..saya mengucap alhamdulillah..tak sangka kekasih saya tukar sebiji donut dengan sushi yang sedap..setelah saya lama tak makan sushi sebab mahal akhirnya semalam Dia bagi saya rasa nikmatnya sushi udang..Dia gantikan donut dengan sushi udang..

al kisah saya buat salah..saya tak tahu macam mana nak tebus kesalahan saya lagi..macam macam cara saya fikirkan..tiba tiba saya teringat surat cinta kekasih saya..kekasih saya tahu apa masalah saya ni..katanya jangan buat lagi..kalau dah bertaubat mesti istiqamah..pergi minta maaf katanya..semua ini saya baca dari surat cintanya Al Quran..jadi saya ikut petua yang kekasih saya beri..mula mula buang segala perasaan tak elok dalam hati..kedua insaf..ketiga minta maaf dengan ikhlas..owh macam tu rupanya..jadi saya usaha dan usaha..kekasih saya cakap..dia tak pandang hasil tapi dia pandang usaha..owh saya mula gembira bila dengar macam tu..

Saya tahu untuk tawan hati Dia bukannya mudah..Dia akan bagi ujian yang berliku liku..nak duga sejauh mana saya setia ke tak..kerana semakin banyak ujian itulah tanda sayangnya Dia pada saya..bila saya silap kekasih saya akan marah..tapi bila saya minta maaf dan kembali bertaubat Dia akan menerima taubat saya..jika dosa seluas langit pon Dia akan tetap maafkan..kerana Dia tahu saya selalu lupa dan alpa..itu fitrah saya..saya yakin..kerana menurut qalamnya..pintu taubat itu sentiasa terbuka..kekasih saya tak pernah tidur..hari hari Dia jaga saya..bagi saya makan dan segalanya..bagi saya hati untuk merasa dan otak untuk berfikir...saya bahagia sebab  kekasih saya bagi saya 2 bodyguard..satu sebelah kanan satu sebelah kiri..apa gerak geri saya semua kena catat..bila saya dalam bahaya atau takut bangun lambat ke kelas ada bodyguard yang kejut..mana mungkin saya boleh bangun sendiri tanpa bantuan kekasih yang satu ini..

Dulu saya akui..saya selalu lupa kekasih saya ni..masa dihabiskan dengan study..saya lupa masa tu kekasih saya yang bagi saya akal untuk berfikir..kejayaan terletak di tangannya..saya cuma berusaha..dulu saya akui..saya selalu fikir benda tak penting,sensitif dan selalu suka fikir bukan bukan..tetapi menurut kekasih saya ni..jangan ada prasangka dalam hati..jangan sakiti orang lain..masa tu saya tak sedar lagi..al maklumlah masa tu cinta ni belum berputik betul betul lagi..sejak bersama kekasih yang satu  ini hidup saya lebih tenang..kekasih saya ajar jangan simpan dendam dalam hati..hidup ini mestilah saling memaafkan..saya tenang bila baca surat cinta kekasih yang satu ni..saya banyak buat silap..al maklumlah hati saya kotor perlu dicuci bak kata kekasih saya ni..

Tiba tiba saya terjumpa satu ayat..

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya tersentak..baru saya sedar selama ni saya ajak orang buat baik tapi diri sendiri tak betul..jadi mulai hari tu saya berazam untuk perbaiki diri..sikit demi sedikit..kadang kadang saya tak kuat dan selalu hiraukan pandangan orang..tapi kekasih saya beritahu dalam surat cintanya..Dia tahu apa yang ada dalam hati saya..kenapa saya perlu risau?saya mula ambil waktu merenung sendiri..kenapa perlu takut untuk berubah?

Pernah satu hari saya bermonolog dalam hati..saya tahu kekasih saya tahu meskipun saya tak luahkan..saya katakan saya merindui si dia..tiba tiba saya seolah olah mendengar hati saya berbisik..tidakkah kamu ingin meletakkan cinta kamu sangat mahal..cinta yang boleh membawa ke syurga..cinta sesama manusia adalah fitrah yang tak dapat dibendung..perasaan rindu..kekasih saya yang menciptakan dia..juga menciptakan saya..jadi pesan kekasih saya jika saya menanamkan cinta pada Dia pasti hidup saya akan bahagia..andai ada jodoh pasti akan bertemu kembali..biarlah perpisahan ini mengajar saya untuk menjadi isteri dan ibu yang baik..andai dia setia saya yakin kami pasti akan bertemu kembali..andai dia mencintai kekasih saya ini pasti dia akan faham akan hakikat sebuah perpisahan..andai dia bukan jodoh saya pasti kekasih saya akan beri yang lebih baik..kerana kekasih saya telah mengaturkan perjalanan hidup saya sejak saya belum lahir lagi dari perut ibu..saya kembali gembira dan saya kesat air mata..

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.


(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

Kerana saya adalah seorang hamba kepada kekasih saya..kudrat saya sangat lemah..kerana saya insan biasa pasti berbuat silap..kerana saya selalu lupa jadi ingatkanlah saya..saya ingin menjadi hamba yang tidak sabar untuk bertemu kekasih saya..semoga hari demi hari kekasih saya mengajar saya apa sebenarnya erti cinta padanya..bukan hanya pada mulut atau tulisan..tetapi lahirnya dari hati seorang hamba yang setia..semoga nikmat ini berpanjangan..hidup ini terasa lebih bermakna apabila mengingatinya..menyebut namanya melahirkan rasa bahagia..hilang segala bebanan yang ada..syukur ke hadratmu kerana menjaga kedua orang tua saya..memberi mereka kesembuhan..memberi kejayaan kepada adik adik saya..semoga kami berjaya menjadi anak soleh dan solehah..

Niagara Falls..Winter 2010...

Wanita Dahulu, Kini dan Selamanya

Dewasa ini, zaman telah berubah..tapi sejarah tak pernah padam..mari kita selusuri kisah wanita hebat pada zaman para sahabat dulu…sekadar perkongsian agar sama sama kita mendapat manfaatnya…kalau ada yang salah sila betulkan ya..


Asiah




Mesti anda pernah dengar kan nama ni? Ini lah isteri Firaun. Firaun ni amatlah jahat lagi kejam sebab masa tu kalau dengar je berita ada bayi lelaki baru lahir mesti dia nak bunuh. Ingat tak kisah nabi Musa yang dihayutkan dalam kotak dekat dalam Sg Nil? Akhirnya hanyut sehingga sampai ke taman bunga Firaun. Bila Firaun tahu je itu bayi lelaki dia nak bunuh. Tetapi di sinilah peranan seorang wanita bermula. Asiah menggunakan sifat kelembutan, keibuan dan pujuk rayu untuk melembutkan hati Firauan supaya terima Nabi Musa sebagai anak angkat mereka. Dengan kuasa Allah Nabi Musa membesar dengan selamat dan akhirnya menjadi seorang rasul yang menyebarkan dakwah Islam dengan hebatnya.

Saidatina Hindun




Sebelum masuk Islam, Hindun ni amatlah kejam sebab dia pernah upah Wahsyi untuk bunuh Saidina Hamzah. Hindun belah dada Saidina Hamzah dan nak gigit hatinya.

Alhamdulillah, dengan kebesaran Allah Hindun ditakdirkan mendapat hidayah untuk masuk Islam. Sejak itu, beliau menjadi seorang yang amat aktif dalam penyebaran dakwah Islam termasuk perperangan dengan tentera Rom dan Parsi. Wanita akan duduk di barisan belakang perang untuk jadi jururawat.Hebat kan?

Antara kelebihan Hindun, beliau boleh kawal dan lihat tentera Islam yang berundur semasa perang kerana takut kepada musuh. Ada satu ketika tu, suaminya Abu Sufyan nak berundur kerana takut dengan kekuatan musuh. Hindun pun ambil batu. Beliau kata kalau kamu berundur aku akan baling kamu dengan batu ni. Kata katanya telah mencabar kelakian suaminya. Maka Abu Sufyan tidak jadi hendak berundur bahkan berperang bermati matian untuk pertahankan Islam.

Wanita zaman millennium?

Kadang kadang terfikir juga wanita zaman para sahabat pujuk rayu suami untuk mengembangkan dan berdakwah demi Islam. Tapi zaman sekarang ada wanita pujuk lelaki dengan kata kata rayuan lagi melemahkan iman lelaki. Wanita sepatutnya turut memainkan peranan bagi menyebarkan dakwah Islam. Tak salah untuk jadi aktif tapi batasan syariat tetap kena jaga. Kalau terlampau aktif berlakulah dalam cerita Adam Maya. Suami orang bercinta dengan isteri orang. Cinta terlarang..hehe..

Wednesday, 23 June 2010

PASIR BERDENGUNG


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah

Nak tahu siapa saya?? Panggil saja saya dengan nama cenderawasih, klasik gitu.Esok saya ada exam, tapi saya ingin juga melahirkan sedikit tinta seni di blog ini. Punyalah lama saya fikir, apa yang ingin saya coretkan di blog ini, tiba-tiba, paaappp!!! lahirlah sebuah karya di sini..terimalah, dari cenderawasih..

Kawan-kawan nak tahu? Hari tu cenderawasih berjalan-jalan di suatu tempat yang dinamakan yang Istana Pasir Berdengung. Tetapi lebih sinonim dengan nama syurga dunia. Haaa! Mesti kawan-kawan sudah mula teruja, excited bercampur saspen, apa la yang sebenarnya yang ingin cenderawasih ingin ceritakan di sini kan.

Perjalanan ke Istana Pasir Berdengung mangambil masa berjam-jam jugak. On the way nak pegi ke istana tersebut, hati cenderawasih punyala berdebar-debar, agak-agaknya apakah hikmah yang ingin Allah berikan kepada cenderawasih sebenarnya selama cenderawasih berada di sana. cenderawasih sangat-sangat berharap agar Allah membukakan hati cenderawasih untuk melihat hikmah di sebalik perjalanan cenderawasih ini.

Setibanya cenderawasih di istana tersebut, paruh cenderawasih yang sememangnya tajam ni, terlopong melihat betapa besarnya istana pasir berdengung tu, besarnya!!! Terleka dengan kehebatan ciptaan manusia membuatkan cenderawasih alpa bahawa yang menciptakan manusia untuk hebat berfikir tu kan adalah Tuan cenderawasih juga. Cuba teka siapa? Oklah, cenderawasih tak mahu bercerita panjang-panjang sangat, terus straight to the point sahaja la ye.

Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Sayyid Qutb, "Amerika mempunyai segala sesuatu kecuali roh." Sebenarnya, sepanjang cenderawasih berada di sana, cenderawasih seperti sedang melihat dayang-dayang dan penduduk-penduduk di kawasan istana pasir berdengung tu bagaikan robot yang hanya hidup di bawah sistem pemerintahan yang diatur oleh raja di istana itu. Mereka terlalu alpa dengan sistem pemerintahan raja tersebut sampaikan mereka lupa bahawa ada lagi sebuah corak pemerintahan yang lebih berkuasa daripada pemerintahan raja tersebut. Kalaulah mereka hayati corak pemerintahan yang lebih berkuasa, lebih hebat, dan lebih best yang pastinya! pasti mereka akan merasakan bahawa indahnya hidup ini dan pasti mereka akan sedar bahawa the purpose of their life is not just to have fun, but have to be seorang hamba yang taat kepada Yang Maha Berkuasa. Taat yang dalam erti kata lain bukan dipaksa tetapi atas dasar suka yang lahirnya ikhlas daripada hati :)

Cenderawasih terbang lagi di istana pasir berdengung tu, then cenderawasih terlihat beberapa orang pemuda, yang pastinya pemuda tersebut adalah musuh kepada agama yang cenderawasih sayang sekarang ni. Cenderawasih kagum melihat semangat pemuda-pemuda tersebut yang seolah-olah berani mengeluarkan kata-katanya kepada penduduk di istana itu, tetapi bila cenderawasih terbang lagi dekat, barulah cenderawasih faham, owh, rupa-rupanya dia sedang memujuk penduduk-penduduk di situ jangan memberikan sebarang pertolongan kepada jiran kepada negara mereka. Ish! Cenderawasih rasa nak cakar-cakar je para pemuda tadi dengan kuku cenderawasih yang tajam ni taw! Nasib baik teringat hadith Nabi Muhammad SAW, "Jangan marah!" Luckly, kawan cenderawasih cepat-cepat tarik tangan cenderawasih.

Kali ni cenderawasih nak pegi terbang ke tempat yang lebih tinggi!! Best jiddan tempat tu, tingggiii, nampak kabus, nampak awan, nampak langit. Cenderawasih pegi la kan menjengah ke bawah, dan nama pun burung, mesti la tak ada istilah gayat dalam kamus hidup istilah spesies burung ni kan, cenderawasih siap boleh jengah kepala lagi keluar dari besi palang tu, melihat ke bawah. Cenderawasih cakap dengan seorang saudara cenderawasih ni, "Kalaulah orang dalam kereta tu tahu, kita tengah melihat dia, mesti dia teruja kan." Den kawan cenderawasih tu cakap, "aah la wasih, mesti Allah sekarang ni sedang melihat kita kan, kalau kita, kita just boleh nampak kereta tu, tak nampak apa orang tu buat dalam kereta, tapi kalau Allah mesti Dia tahu apa yang orang tu dan kita tengah buat kan? Walaupun sekecil zahrah." Waa! cenderawasih sangat terpaku mendengar kata-kata kawan cenderawasih tu. Mesti Allah bukan sahaja tahu apa yang wasih tengah buat ni, mesti Allah pun tahu apa yang cenderawasih tengah fikir, apa yang ada dalam hati cenderawasih. Takutnya, cenderawasih takut, Dahlah sepanjang berada di negeri pasir berdengung ni, wasih rasa wasih macam diuji dari segi persahabatan. Perasaan buruk sangka sentiasa menyelinap masuk dalam diri ni. Wasih xmo, cuba buang jauh-jauh, tapi kerap benar dia hadir. Mungkin cenderawasih kene banyakkan hati wasih ni dengan sesuatu kan supaya hati cenderawasih ni ada baju besi, setiap kali ada hantu nak datang je, nanti baju besi tu akan bercahaya! Kene cari baju besi tu!

Setelah beberapa hari cenderawasih bernaung di negeri pasir berdengung tu, cenderawasih dan kawan-kawan pun berkongsi la sedikit experience yang masing-masing dapat sepanjang berada di pasir berdengung tu. Then, seorang daripada kawan wasih berkata bahawa ada seseorang perempuan dari negara mana tah lah kan bertanya kawan wasih ni,

"Are you a muslim?"

Then kawan cenderawasih cakap, "Yes, I am"

Then orang tu tanya lah, awak ni baca tak Al-Quran, kawan wasih cakap baca. Then perempuan tu teruja la kan. Dia cakap even people in their country pn x baca Al-Quran.

Hmmm, sedih bunyinya kan. Rupa-rupanya banyak lagi keje-keje yang belum selesai. Cenderawasih kene lagi berusaha nampaknya ambil bekal banyak-banyak supaya dapat terbang tinggi-tinggiii, dengan lebih tinggi supaya dapat pergi ke seluruh pelusuk dunia. Cenderawasih tahu, bukan senang, dan cenderawasih takut kalau kata-kata cenderawasih ni hanya omong-omong kosong sahaja. Tapi cenderawasih kena juga berusaha untuk merealisasikan. Dan cenderawasih rasa cenderawasih kene tanamkan semangat dalam hati ni supaya tidak akan gentar sekiranya terjatuh dalam masa penerbangan tu nanti.

Oklah, sampai sini sahaja la ye, cenderawasih nak pegi jumpa kawan-kawan, nak ajak dia terbang sama-sama dengan cenderawasih, nanti takut sesat pulak, sebab tak pandai sangat nengok kompas masa terbang nanti. Sori, wasih tak pandai sangat bercerita, ayat pun tunggang langgang.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka..." (57:16)

Tuesday, 22 June 2010

Islam Is?

Sunday, 20 June 2010

Burung-Burung Dalam Kisah Anbiya

Spesis:
Burung gagak
Nama saintifik:
Corvus corax (Common raven)
Era:
Nabi Adam a.s.

Sinopsis:
Setelah terjadinya pembunuhan pertama manusia (Setelah Habil dibunuh oleh Qabil, Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya itu. Dia tidak tahu apa yang harus diperbuat dengan tubuh saudaranya yang semakin lama semakin membusuk. Diletakkannya tubuh itu di dalam sebuah peti yang dipikulnya, seraya mundar-mundir dalam keadaan sedih melihat burung-burung sedang berterbangan hendak menyerbu tubuh jenazah Habil yang sudah busuk itu.

Kebingungan dan kesedihan Qabil tidak berlangsung lama kerana ditolong oleh suatu contoh yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya sebagaimana ia harus menguburkan jenazah saudaranya itu. Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Melihat contoh dan pengajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabil sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri: "Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?" Demikianlah penyelesaian jenazah manusia yang terbaik iaitu dengan cara penguburan sebagaimana telah diajarkan oleh Allah kepada Qabil.itulah cara paling sesuai dengan martabat manusia sebagai makhluk yang dimuliakan dan diberi kelebihan oleh Allah di atas makhluk-makhluk lainnya.



Spesis:
Hud-hud/belatuk
Nama saintifik:
Upupa epops
Era:
Nabi Sulaiman a.s.

Sinopsis:
Dalam Al-Quran, Surah An-Naml ada kisah tentang Nabi Sulaiman a.s dengan burung Hud Hud. Nabi Sulaiman boleh cakap bahasa haiwan, dan baginda memiliki seluruh kerajaan di bumi pada waktu itu. Nabi Sulaiman juga boleh arahkan angin, jin dan air untuk ikut arahan baginda. Waktu itu, Hud Hud tidak hadir di perhimpunan rakyat jelata Nabi Sulaiman a.s. Kelibat bayangnya tidak kelihatan. Akibatnya, Nabi Sulaiman a.s telah marah, hinggakan baginda a.s mengancam akan mengambil tindakan tegas terhadap Hud Hud jika di dapati benar ia bersalah kerana ponteng. Sudah pasti, semua yang hadir pada waktu itu, tertanya-tanya, ke mana la perginya Hud Hud ni. Tapi, rupanya Hud Hud bukan sengaja tidak hadir. Hud Hud ada misi lain pada waktu itu.

Apa usaha Hud Hud, sampai Allah s.w.t rakamkan kisahnya di dalam Al-Quran? Hud Hud telah berhasil menemukan Kerajaan Saba’ yang diperintah oleh seorang ratu bernama Balqis. Mereka menyembah matahari. Hud Hud telah memberi maklumat itu kepada Nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman a.s. telah menghantar utusan kepada Ratu Balqis dan rombongan Ratu Balqis telah berangkat untuk bertemu dengan pesuruh Allah itu. Lalu Allah mengurniakan hidayahNya yang tiada ternilai kepada Ratu Balqis, dan telah Berjaya mengislamkan Ketua Negeri Saba’ itu dan kaumnya untuk beriman dan mentauhidkan Allah.

Jika difikirkan, Allah s.w.t Maha Kuasa untuk mewahyukan sahaja kepada Nabi Sulaiman a.s tentang kerajaan Saba’ ini. Tapi, Allah pilih Hud Hud, sebagai asbab untuk memberitahu Nabi Sulaiman a.s tentangnya.



Spesis:
Burung pipit
Nama saintifik:
Passer (true sparrow)
Era:
Nabi Ibrahim a.s.
Sinopsis:
Ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud yang memerintah negara Babylon di atas kesalahan memecahkan patung-patung berhala, antara burung-burung yang berterbangan menyaksikan peristiwa tersebut ada seekor burung pipit yang berasa kasihan melihat baginda yang dibakar hidup-hidup. Burung pipit itu mahu menolong Nabi Ibrahim.

Burung pipit terbang mencari air. Ia menyedut dan menyimpan air tersebut di dalam paruhnya yang kecil itu. Burung-burung lain kehairanan melihat perlakuan burung pipit. “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya burung-burung yang lain. “Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit. “Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.

Walau bagaimanapun, burung pipit tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri unggun api yang telah menjadi bara. Burung pipit berasa gembira. Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran. Orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala. Badannya sedikitpun tidak melecur. (Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd).



Spesis:
Merpati
Nama saintifik:
Columbia livia (Rock Pigeon)
Era:
Nabi Muhammad s.a.w.
Sinopsis:
Dikatakan ketika Nabi Muhammad s.a.w. bersembunyi di dalam gua Thur bersama Abu Bakar, mereka nyaris dikesan oleh kaum kafir Quraisy yang ikut mengejar. Mereka diyakinkan oleh sarang labah-labah yang dianyam kemas di pintu gua dan burung merpati yang bersarang di dalam gua tetapi tidak mengeluarkan bunyi (sebagaimana lazim, burung merpati berbunyi jika ada manusia berhampiran mereka).

Berkenaan dengan kisah burung merpati dan labah-labah, timbul satu persoalan. Adakah kedua-duanya benar-benar ada?

Dr. Yusuf Al-Qardawi mengatakan : “Adapun merpati itu, tidak ada riwayat yang sohih atau hasan berkenaannya. Manakala labah-labah pula, terdapat riwayat mengenainya. Ada yang mengatakan ia hasan, ada pula yang mengatakan dhoif. Apa yang penting adalah, Allah SWT mempunyai tentera-tentera. Boleh jadi labah-labah yang mana Allah SWT menyifatkan sarangnya sebagai sarang yang rapuh."

Maksudnya: Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah SWT sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.

Tidak peliklah jika Allah SWT menjaga rasul-Nya dengan sarang yang rapuh atau Allah SWT menjaganya tanpa ada asbab-asbab yang kita boleh lihat. Apa yang penting, rasul-Nya terjaga dan terpelihara.”
- [Khitabul Asy-Syeikh Al-Qardawi, juzu’ ke-4, dikumpulkan oleh Dr. Khalid Khalifah As-Saad]

Oleh itu, tidak boleh menyembunyikan kisah ini, malah perlu menyebutkannya selagimana ia disebutkan di dalam sunnah nabawiyyah. Katakanlah bahawa peristiwa ini menjadi bukti yang jelas kenabian Nabi Muhammad saw.

Pengajaran Dari Kisah-kisah:-

Pengajaran/‘Ibrah yang sangat besar yang boleh diteladani oleh manusia, umat Islam khususnya, terutama sekali daripada contoh yang ditunjukkan oleh burung pipit semasa Raja Namrud membakar Nabi Ibrahim a.s. Jika mahu mengira mengikut logik matematik, nisbah air yang dibawa oleh si burung pipit berbanding dengan api yang Namrud sediakan, hampir kepada sia-sia. Namun, Allah SWT Maha Adil dan Saksama. Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi Allah memandang dan mengambil kira usaha yang dilakukan.

Di antara sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Senyum anda di hadapan saudara anda adalah sedekah. Jangan menganggap remeh suatu kebaikan, meskipun hanya menampakkan wajah yang berseri saat anda bertemu dengan saudara anda“.
- (Riwayat Muslim)

Kita tidak pernah mengetahui dengan amalan apakah yang menjadi sebab kita diredhai Allah SWT untuk masuk ke syurgaNya. Walaupun amalan itu dipandang kecil oleh manusia, tetapi jika Allah berkenan (mungkin disebabkan keikhlasan sang pelaku di saat itu), maka kita akan diganjari olehNya.

Salah satu wasiat Luqman a.s. kepada anaknya. Katanya: “Janganlah engkau tertipu dengan kebaikanmu walaupun banyak, kerana engkau tidak tahu adakah ianya diterima atau tidak.”

Dari itu, berbuat baiklah di mana sahaja kita berada dan berdaya. Jangan memperlekeh kebaikan yang dibuat oleh manusia lain, walaupun ianya sedikit.

Credit: Sebahagian artikel ini dipetik dari http://lensahati.wordpress.com