Wednesday 23 June 2010

PASIR BERDENGUNG


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah

Nak tahu siapa saya?? Panggil saja saya dengan nama cenderawasih, klasik gitu.Esok saya ada exam, tapi saya ingin juga melahirkan sedikit tinta seni di blog ini. Punyalah lama saya fikir, apa yang ingin saya coretkan di blog ini, tiba-tiba, paaappp!!! lahirlah sebuah karya di sini..terimalah, dari cenderawasih..

Kawan-kawan nak tahu? Hari tu cenderawasih berjalan-jalan di suatu tempat yang dinamakan yang Istana Pasir Berdengung. Tetapi lebih sinonim dengan nama syurga dunia. Haaa! Mesti kawan-kawan sudah mula teruja, excited bercampur saspen, apa la yang sebenarnya yang ingin cenderawasih ingin ceritakan di sini kan.

Perjalanan ke Istana Pasir Berdengung mangambil masa berjam-jam jugak. On the way nak pegi ke istana tersebut, hati cenderawasih punyala berdebar-debar, agak-agaknya apakah hikmah yang ingin Allah berikan kepada cenderawasih sebenarnya selama cenderawasih berada di sana. cenderawasih sangat-sangat berharap agar Allah membukakan hati cenderawasih untuk melihat hikmah di sebalik perjalanan cenderawasih ini.

Setibanya cenderawasih di istana tersebut, paruh cenderawasih yang sememangnya tajam ni, terlopong melihat betapa besarnya istana pasir berdengung tu, besarnya!!! Terleka dengan kehebatan ciptaan manusia membuatkan cenderawasih alpa bahawa yang menciptakan manusia untuk hebat berfikir tu kan adalah Tuan cenderawasih juga. Cuba teka siapa? Oklah, cenderawasih tak mahu bercerita panjang-panjang sangat, terus straight to the point sahaja la ye.

Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Sayyid Qutb, "Amerika mempunyai segala sesuatu kecuali roh." Sebenarnya, sepanjang cenderawasih berada di sana, cenderawasih seperti sedang melihat dayang-dayang dan penduduk-penduduk di kawasan istana pasir berdengung tu bagaikan robot yang hanya hidup di bawah sistem pemerintahan yang diatur oleh raja di istana itu. Mereka terlalu alpa dengan sistem pemerintahan raja tersebut sampaikan mereka lupa bahawa ada lagi sebuah corak pemerintahan yang lebih berkuasa daripada pemerintahan raja tersebut. Kalaulah mereka hayati corak pemerintahan yang lebih berkuasa, lebih hebat, dan lebih best yang pastinya! pasti mereka akan merasakan bahawa indahnya hidup ini dan pasti mereka akan sedar bahawa the purpose of their life is not just to have fun, but have to be seorang hamba yang taat kepada Yang Maha Berkuasa. Taat yang dalam erti kata lain bukan dipaksa tetapi atas dasar suka yang lahirnya ikhlas daripada hati :)

Cenderawasih terbang lagi di istana pasir berdengung tu, then cenderawasih terlihat beberapa orang pemuda, yang pastinya pemuda tersebut adalah musuh kepada agama yang cenderawasih sayang sekarang ni. Cenderawasih kagum melihat semangat pemuda-pemuda tersebut yang seolah-olah berani mengeluarkan kata-katanya kepada penduduk di istana itu, tetapi bila cenderawasih terbang lagi dekat, barulah cenderawasih faham, owh, rupa-rupanya dia sedang memujuk penduduk-penduduk di situ jangan memberikan sebarang pertolongan kepada jiran kepada negara mereka. Ish! Cenderawasih rasa nak cakar-cakar je para pemuda tadi dengan kuku cenderawasih yang tajam ni taw! Nasib baik teringat hadith Nabi Muhammad SAW, "Jangan marah!" Luckly, kawan cenderawasih cepat-cepat tarik tangan cenderawasih.

Kali ni cenderawasih nak pegi terbang ke tempat yang lebih tinggi!! Best jiddan tempat tu, tingggiii, nampak kabus, nampak awan, nampak langit. Cenderawasih pegi la kan menjengah ke bawah, dan nama pun burung, mesti la tak ada istilah gayat dalam kamus hidup istilah spesies burung ni kan, cenderawasih siap boleh jengah kepala lagi keluar dari besi palang tu, melihat ke bawah. Cenderawasih cakap dengan seorang saudara cenderawasih ni, "Kalaulah orang dalam kereta tu tahu, kita tengah melihat dia, mesti dia teruja kan." Den kawan cenderawasih tu cakap, "aah la wasih, mesti Allah sekarang ni sedang melihat kita kan, kalau kita, kita just boleh nampak kereta tu, tak nampak apa orang tu buat dalam kereta, tapi kalau Allah mesti Dia tahu apa yang orang tu dan kita tengah buat kan? Walaupun sekecil zahrah." Waa! cenderawasih sangat terpaku mendengar kata-kata kawan cenderawasih tu. Mesti Allah bukan sahaja tahu apa yang wasih tengah buat ni, mesti Allah pun tahu apa yang cenderawasih tengah fikir, apa yang ada dalam hati cenderawasih. Takutnya, cenderawasih takut, Dahlah sepanjang berada di negeri pasir berdengung ni, wasih rasa wasih macam diuji dari segi persahabatan. Perasaan buruk sangka sentiasa menyelinap masuk dalam diri ni. Wasih xmo, cuba buang jauh-jauh, tapi kerap benar dia hadir. Mungkin cenderawasih kene banyakkan hati wasih ni dengan sesuatu kan supaya hati cenderawasih ni ada baju besi, setiap kali ada hantu nak datang je, nanti baju besi tu akan bercahaya! Kene cari baju besi tu!

Setelah beberapa hari cenderawasih bernaung di negeri pasir berdengung tu, cenderawasih dan kawan-kawan pun berkongsi la sedikit experience yang masing-masing dapat sepanjang berada di pasir berdengung tu. Then, seorang daripada kawan wasih berkata bahawa ada seseorang perempuan dari negara mana tah lah kan bertanya kawan wasih ni,

"Are you a muslim?"

Then kawan cenderawasih cakap, "Yes, I am"

Then orang tu tanya lah, awak ni baca tak Al-Quran, kawan wasih cakap baca. Then perempuan tu teruja la kan. Dia cakap even people in their country pn x baca Al-Quran.

Hmmm, sedih bunyinya kan. Rupa-rupanya banyak lagi keje-keje yang belum selesai. Cenderawasih kene lagi berusaha nampaknya ambil bekal banyak-banyak supaya dapat terbang tinggi-tinggiii, dengan lebih tinggi supaya dapat pergi ke seluruh pelusuk dunia. Cenderawasih tahu, bukan senang, dan cenderawasih takut kalau kata-kata cenderawasih ni hanya omong-omong kosong sahaja. Tapi cenderawasih kena juga berusaha untuk merealisasikan. Dan cenderawasih rasa cenderawasih kene tanamkan semangat dalam hati ni supaya tidak akan gentar sekiranya terjatuh dalam masa penerbangan tu nanti.

Oklah, sampai sini sahaja la ye, cenderawasih nak pegi jumpa kawan-kawan, nak ajak dia terbang sama-sama dengan cenderawasih, nanti takut sesat pulak, sebab tak pandai sangat nengok kompas masa terbang nanti. Sori, wasih tak pandai sangat bercerita, ayat pun tunggang langgang.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka..." (57:16)

No comments:

Post a Comment